Email Duit

Hubungi Saya:-

28 December 2011

Khasiat KURMA


Hindar Gangguan Usus..... Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.
 
Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. Antara lain khasiat kurma membantu dan mengatasi masalah sembelit...lemah sendi, otot, kelesuan & masalah stroke...



Amat baik sekali mengamalkan memakan kurma semasa mengandung...kerana ini akan memudahkan semasa bersalin nnt....

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

AMALKAN MAKANAN SUNNAH.....untuk kesihatan kita semua.....

No comments:

Post a Comment