Email Duit

Hubungi Saya:-

24 May 2012

Kebaikan Susu Kambing



Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein % beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf.
Amat penting dalam pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi-bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh serta membina protein & enzim (otot, sendi, organ & pundi yang diperbuat daripada protein).
Gabungan kalsium & fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan kalsium & fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :-
Menurunkan tekanan darah.
Mengawal degupan jantung.
Menyingkirkan toksin dalam kolon.
Membolehkan penggumpalan darah.
Membolehkan saraf berfungsi dengan baik.
Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon.
Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa.
Menstabilkan dan menyelenggara membran sel.
Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon.
Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan.
Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan.
Trace Mineral
Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Selenium
Kandungan selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu atau susu yang lain. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki - diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter' - tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' & penyakit mental. Penting untuk sistem imun dengan menghasilkan sejenis hormon 'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas permukaan T-cells.
pH Susu Kambing
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imun dapat membunuh sel-sel pathogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali - baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya.



http://www.bio-asli.com/kopisusukambing/kebaikan.asp

Daftar Percuma & Belian Secara Online:-
http://www.bio-asli.com/daftar.asp?id=noraida76

No comments:

Post a Comment